Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Masjid Selayang Baru Tutup Sementara, AJK Positif COVID-19

By 8 Mei 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Jumari Talip

SELAYANG, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Masjid Selayang Baru ditutup sementara susulan dikesan kes positif COVID-19 dalam kalangan ahli jawatankuasanya.

Setiausaha Masjid Selayang Baru Jumari Talip, berkata penutupan itu bermula pukul 6 petang semalam (Jumaat) selepas mendapat notis arahan daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak.

“Penutupan sementara sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi membolehkan kerja pembersihan dilakukan.

“Semua program pengimarahan masjid adalah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak,” katanya dalam notis yang dikeluarkan semalam.

Menerusi notis berkenaan, beliau turut memohon doa keselamatan dan kesihatan serta kemaafan atas sebarang kesulitan.

Difahamkan, semua ahli jawatankuasa Masjid Selayang Baru kini dalam proses ujian saringan ekoran pengesanan kes positif tersebut.

-RI

Tinggalkan komen anda