
Laporan/foto: Mohd Ridhuan Samuel (Kuala Kangsar)/Fatimah Mansor (Persatuan Penggemar Panjut Kampung Ribu)
KUALA KANGSAR, 9 Mei (Malaysiaaktif) ā Tradisi pasang panjut atau pelita saban tahun diadakan di Kampung Ribu bagi memeriahkan sambutan Hari Raya AidilfitriĀ di kampung tersebut.
Menurut Pengerusi Persatuan Penggemar Panjut Kampung Ribu Amirruddin Lazim, pada tahun ini sekali lagi tapak lokasi bersebelahan Padang Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Ribu menjadi pilihan panjut gergasi didirikan dan Masjid Selat Melaka menjadi tema utama sebagai latar belakang panjut ini.
“Tema Masjid Selat Melaka dipilih bagi mengembalikan memori atas kegemilangan Melaka suatu ketika dahulu sebagai tamadun besar dunia dan bermulanya tapak Islam di Tanah Melayu,ā katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Tambahnya, pihak teknikal persatuan memulakan kerja-kerja penyediaan panjut dengan mengumpul buluh bermula sejak sebelum Ramadan lagi selain terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) iaitu mengelakkan daripada melibatkan ramai ahli dalam proses membuat panjut.
“Sejumlah 32 batang buluh berketinggian 30 kaki didirikan setinggi empat tingkat yang menggunakan 128 tetupai, 64 batang gelegar dan 24 keping lantai digunakan untuk membina panjut gergasi tersebut.
āMenara ini diperkukuhkan lagi dengan 12 batang buluh yang dijadikan penongkat.
“Bagi penyediaan muka tapak pelita pula, sebanyak 11 pemidang yang terdiri daripada kayu, buluh dan rotan digunakan untuk mengukuhkan lantai tersebut bagi menampung sejumlah 2000 biji pelita,ā ujarnya.
~RJ~