
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)
TAIPING, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) mula beroperasi semalamĀ di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis (IPD) LMS bersebelahan Dataran Warisan Taiping berikutan pengisytihatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim TaipingĀ sehingga 4 Jun ini.
Menurut Ketua Komander PKOB LMS Asisten Komisioner Osman Mamat, pusat ini dibuka bagi tujuan menyelaras maklumat, maklum balas aduan, sekatan jalan raya (SJR), pemantauan prosedur operasi standard (SOP), hebahan maklumat mengenai COVID-19, program imunisasi, penyampaian maklumat, pemberian sumbangan dan memantau tugas-tugas khas jabatan serta agensi.
āPKOB bertindak sebagai pusat sehenti kepada Jawatankuasa PKOB LMS.
“Adalah diharapkan pusat kawalan ini akan meningkatkan keberkesanan dalam penyampaian maklumat kepada orang ramai, agensi atau pertubuhan bukan kerajaan,ā katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis (IPD) LMS, di sini semalam.
Tambahnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga untuk bertugas sepanjang PKPD di SJR dan PKOB demi memastikan kepatuhan masyarakat terhadap SOP yang diamalkan.
“Semoga fasa PKPD dan PKP kali ini berjaya dilaksanakan dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala,ā ujarnya.
Sebanyak 11 jabatan dan agensi terlibat dalam PKOB ini dengan tugasan mengikut kepakaran masing-masing denganĀ Pejabat Penerangan LMS mengetuai kumpulan kerja pengurusan media dan hebahan maklumatĀ di pusat kawalan tersebut.
~RJ~