Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

260 Orang Pekebun Kecil Divaksin di Jempol

By 24 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida Md Nor Aidi/Mohd Naim Shaari (Jempol)

JEMPOL, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menjayakan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 peringkat Parlimen Jempol.

Menurut Pengerusi RISDA Malaysia Datuk Mohd Salim Mohd Sharif, menyedari kepentingan vaksinasi kepada pekebun kecil Orang Asli yang mengusahakan Projek Tanaman Semula Berkelompok (TSB), inisiatif ini perlu dilaksanakan bagi mengelakkan mata pencarian mereka terjejas di samping membendung penularan akibat pandemik ini.

“Usaha untuk memberikan suntikan vaksinasi ini dilaksanakan bukan sahaja dibuat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tetapi unit bergerak PKD juga datang ke rumah rumah penduduk Orang Asli yang mengalami kesukaran bergerak ke PPV di kawasan berkenaan.

“Mereka yang divaksin telah memahami kebaikan vaksin dan telah memberikan keyakinan kepada masyarakat setempat untuk menerima vaksin,” katanya ketika ditemui di perkampungan Orang Asli Kampung Panchor, di sini kelmarin.

Tambah Mohd Salim, program ini bukan sahaja menyasarkan 260 orang penduduk Orang Asli untuk divaksin malah ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang betul dan tepat tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada masyarakat Orang Asli secara lebih meluas.

“Melalui Program ini RISDA yakin dengan suntikan vaksin mampu mewujudkan imuniti berkelompok dimana penularan jangkitan penyakit ini tidak mampu berlaku kerana sebahagian besar masyarakat pekebun kecil Orang Asli di sini telah mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap jangkitan COVID-19 ini,” ujarnya lagi

Sementara itu, salah seorang penduduk Orang Asli yang ditemui, Zurina Munir, 47, berkata sebagai penduduk di sini merasa sangat berbesar hati dan merasa sangat mudah apabila pihak PKD sendiri yang datang ke kampung ini dan penduduk tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan vaksinasi.

“Program ini sangat membantu kami penduduk Orang Asli dan perlu diteruskan ke lain-lain perkampungan Orang Asli yang lain, semua ahli masyarakat perlu mengambil vaksin ini untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda