Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

5,566 Kes Baharu, Selangor Tertinggi

By 9 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Sejumlah 5,566 kes baharu COVID-19 semalam, meningkat sedikit daripada 5,271 kes yang dicatat kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 627,652 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 1,524 kes dikuti Sarawak (707); Negeri Sembilan (505); Kuala Lumpur (466); Johor (456); Sabah (350); Melaka (314); dan Perak (225).

Selain itu, Kelantan merekodkan 204 kes; Labuan (191); Pulau Pinang (185); Pahang (157); Kedah (148); Terengganu (106); Putrajaya (27); dan Perlis (satu).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda