
Laporan/foto: Pauline Sating/Rudy Jaya (Sarawak)
BINTULU, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Menjelang bulan Ogos dijangka 80 penduduk di Bintulu bakal divaksinasi dengan adanya empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu Dewan Kenyalang, Universiti Putra Malaysia, Balai Raya Sebauh, Dewan Sukan Tatau dan Dinner World.
Menurut Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dengan membuka lebih banyak PPV maka proses vaksinasi dapat disegerakan.
“Strategi kerajan negeri menyasarkan 80 peratus penduduk di daerah Bintulu divaksinasi menjelang Ogos 2021 untuk mengurangkan kes jangkitan COVID-19 yang berlaku ketika ini.
“Pada masa ini kapasiti untuk divaksin adalah dianggarkan sebanyak 3,000 dos sehari tetapi angka tersebut akan meningkat sehingga 5,000 dos sehari dalam masa terdekat ini berikutan dengan penambahan jumlah pusat vaksinasi,” katanya dalam sesi sidang media perasmian PPV Industri di Press Metal Sdn. Bhd., Salamaju, di sini hari ini.

Dr. Melvin Chong memberi taklimat mengenai proses vaksinasi di Syarikat Press Metal Bintulu Sdn. Bhd.
Abang Johari, berkata kaedah yang akan digunakan untuk mempercepatkan vaksinasi kepada masyarakat setempat adalah mereka ini akan disuntik terlebih dahulu, kemudian didaftar melalui MySejahtera.
“Setakat ini seramai 201,442 orang penduduk di Daerah Bintulu layak untuk menerima vaksin yang merangkumi Tatau, Sebauh dan Bintulu dan kita tidak mahu mereka terpinggir,” katanya.
-ZS