Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

BKSS 6.0 Ringankan Beban

By 11 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Budin Gumbang/Aziq Asyraf (Sarawak)

KAPIT, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 28,118 Ketua Isi Rumah (KIR) di sini akan menerima Bantuan Khas Sarawakku (BKSS) 6.0 dalam bentuk Bekalan Bakul Makanan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memaklumkan penduduk yang terjejas telah dikenal pasti dan bantuan akan dihulurkan segera.

“Bilangan isi rumah yang layak mendapat bantuan makanan dikenal pasti dengan bantuan Pusat Khidmat tempatan, serta ketua masyarakat dan ketua kaum di kawasan masing-masing.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian memutuskan bantuan dalam bentuk bakul makanan, berdasarkan keperluan tempatan komuniti mereka,” katanya semasa penyerahan bantuan tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Baleh, di sini semalam.

Abang Johari turut menjelaskan, tiada masalah kekurangan bekalan makanan berlaku di sini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di atas bantuan mereka memastikan bekalan barangan makanan adalah mencukupi,” kata Abang Johari yang merujuk kepada bantuan yang diagihkan ke kawasan luar bandar dalam tempoh pandemik COVID-19.

Abang Johari yang dalam lawatan sehari ke Kapit turut membuat tinjauan ke Hospital Medan Kapit, Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Song Kapit.

-ZS

Tinggalkan komen anda