
Laporan/foto: Juslie Bacle/Merusin Minuddin (Kota Kinabalu)
RANAU , 27 Jun (Malaysiaaktif) – Masyarakat luar bandar tidak tercicir dalam mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 melalui program khidmat bantuan yang dikendalikan Badan Bertindak COVID-19 Kebangsaan (CITF) negeri Sabah.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir, berkata program ini sebagai inisiatif bagi memudahkan masyarakat yang tidak mempunyai capaian internet dan aplikasi MySejahtera.
“Setakat ini, hanya 30.7 peratus penduduk daerah Ranau yang mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 dan bilangan ini masih rendah berbanding sasaran yang ditetapkan kerajaan.
“Oleh itu, kami menyeru masyarakat khususnya di pedalaman untuk mengambil peluang melalui program seperti ini untuk mendapatkan suntikan vaksin,” katanya dalam Program Outreach CITF Daftar dan Vaksin di Kampung Miruru, di sini semalam.

KENANGAN… Antara penduduk Ranau yang merakamkan gambar sejurus selesai menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
Pada program itu, seramai 300 orang daripada empat buah kampung iaitu Kampung Miruru, Kampung Mangkadait, Kampung Mentapok dan Kampung Rumatai menerima suntikan vaksin COVID-19.
-RI