Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PM Menghadap Agong di Istana Negara

By 9 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 9 Jun (Malaysiaaktif) –Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 7.50 pagi.

Secara kebiasaannya, Muhyiddin selaku Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung pada Rabu, bagi menyembah maklum perkembangan pentadbiran negara.

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara, termasuk Muhyiddin selaku Presiden Bersatu, secara berasingan bermula hari ini.

Pada 8.56 pagi, kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat beredar meninggalkan Istana Negara, selepas selesai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda