Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Program Outreach Bantu Perluas Pendaftaran Vaksin

By 25 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Afikah Rusly (Larut Matang dan Selama)

SELAMA, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Program Outreach Vaksinasi COVID-19 diteruskan dengan tujuan untuk memastikan proses suntikan vaksin dapat diperluaskan di kawasan luar bandar dan seluruh Malaysia.

Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama Mohamed Akmal Dahalan, berkata Program yang dijalankan di Pejabat Daerah dan Tanah Selama ini adalah khusus untuk penduduk di daerah kecil kerana kekangan akses internet yang dihadapi oleh penduduk menjadi halangan untuk mereka mendaftar vaksin di aplikasi MySejahtera.

“Usaha ini diteruskan dengan inisiatif para petugas mendekati penduduk dari rumah ke rumah untuk membantu mereka melakukan pendaftaran secara manual iaitu dengan mengisi borang yang disediakan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Daerah dan Tanah, di sini pagi tadi.

Tambahnya,  program yang dilaksanakan di daerah kecil Selama ini telah mendapat sambutan yang amat baik kerana seramai 577 penduduk telah membuat pendaftaran dan jumlah itu telah melepasi sasaran awal iaitu 300 penduduk.

Penduduk setempat menerima baik kedatangan pegawai yang bertugas bagi pendaftaran vaksin COVID-19.

Penduduk setempat menerima baik kedatangan pegawai yang bertugas bagi pendaftaran vaksin COVID-19.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah LMS yang tetap melaksanakan Info On Wheels (IoW) di kawasan kampung di daerah ini sebagai medium pemakluman untuk mendatfar vaksin melalui program ini.

“Besarlah harapan saya untuk menyeru penduduk agar tampil membuat pendaftaran seterusnya menerima vaksin sekali gus menghalang penularan COVID-19,” ujarnya lagi.

~RJ~

Tinggalkan komen anda