Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Surat Kebenaran Beroperasi Agensi di bawah KeTSA Sah Sehingga 28 Jun

By 14 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 14 Jun (Malaysiaaktif) –Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan sebelum ini bagi sektor-sektor di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) masih boleh diterima pakai sehingga 28 Jun ini (2021), demikian menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata surat kebenaran beroperasi itu sebelum ini dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA).

Beliau berkata ia adalah selaras dengan pelanjutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula 15 Jun hingga 28 Jun.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan kepada talian hotline 03-88861665 dan 019-669 6842 atau e-mel kepada [email protected].

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda