Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Warga Ulu Jempol Syukur Kehadiran PPV Bergerak Kuala Pilah

By 29 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Kuala Pilah yang menyasarkan pemberian vaksin kepada orang ramai di kawasan pedalaman di daerah ini, kini beroperasi di Kem Pusako Sungai Jelutong, Juasseh.

Menurut Pegawai Daerah Kuala Pilah Mohd Faizal Abdul Manap, selepas beroperasi di Felda Kepis dan di Seri Menanti sebelum ini, kini seramai 1,000 orang penduduk dari Mukim Ulu Jempol pula dijangka menerima vaksin COVID-19 menerusi PPV Bergerak itu sehingga 2 Julai depan.

“Sasaran kita adalah warga emas serta individu komorbid dan program selama lima hari ini melibatkan penduduk kampung sekitar iaitu antaranya Kampung Sungai Jelutong, Kampung Terentang, Kampung Jerjak, Kampung Padang Lebar, Kampung Sungai Talan, Kampung Keru, Kampung Tapak, Kampung Tampin Pus dan Kampung Majau,” katanya ketika ditemui di PPV tersebut, di sini semalam.

Sementara itu, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim, sambutan yang diterima daripada penduduk amat baik dan program khidmat bantuan yang dilaksanakan menerusi PPV Bergerak tersebut dapat mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin COVID-19.

“Saya difahamkan seramai 200 individu akan menerima vaksin sehari menerusi PPV Bergerak ini dan saya lihat program seperti ini amat baik untuk dilaksanakan,” ujarnya.

Penerima vaksin sedang menunggu giliran.

Penerima vaksin sedang menunggu giliran.

Dalam pada itu, warga emas, Jariah Osman, 90, dari Kampung Ghalib dekat sini mengakui teruja untuk menerima vaksin COVID-19 selepas dimaklumkan oleh anaknya sejak seminggu lalu.

“Anak-anak yang daftarkan saya untuk menerima vaksin, selepas menerima suntikan, saya tidak rasa apa-apa sakit pun,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda