Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

ADUN, JPKD Terima Peruntukan Khas Bantu Ringankan Beban Rakyat

By 29 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Lukmannul Hakim Mohd Saleh (Johor)/MEDKOM 

JOHOR BAHRU, 29 Jul (Malaysiaaktif) –  Kerajaan negeri mengambil inisiatif menyalurkan peruntukan khas bagi membantu lebih ramai rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di negeri ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, peruntukan sebanyak RM50,000 akan diberikan kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 27 Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) bagi melancarkan lagi pemberian bantuan kepada golongan yang memerlukan di kawasan masing-masing.

“Selain daripada bantuan yang disalurkan oleh kerajaan pusat bagi meringankan beban rakyat, kerajaan negeri turut melaksanakan pelbagai usaha dan insentif termasuk memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor.

“Dalam belanjawan negeri yang lalu, jumlah peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang turut dinaikkan sebanyak tiga kali ganda iaitu dari RM50,000 ke RM150,000,” kata kenyataan tersebut.

Tambahnya, pada saat ini ramai rakyat yang terjejas sumber pendapatan mereka dan memerlukan bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya berharap dengan peruntukan tambahan ini, dapat membantu melancarkan gerak kerja wakil rakyat dan JPKD dalam menyalurkan bantuan kepada lebih ramai golongan yang terkesan di negeri ini dengan kadar segera.

“Ini adalah realiti dan cabaran yang bakal dihadapi dan perlu ditangani berikutan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara,” tambah kenyataan itu.

-NI-

Tinggalkan komen anda