Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Bangkit di Saat Sulit

By 30 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Masitah Mat Zin (Seremban)

SEREMBAN, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Pandemik COVID-19 memberikan kesan yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan serta pendidikan negara dan dan sekiranya tidak dikawal sebaiknya bakal memberikan kesan negatif dalam kehidupan antaranya tekanan perasaan melampau yang boleh membawa kepada kematian.

Menurut Pakar Perunding Psikiatri, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Ahmad Rostam Md Zin, kehidupan masyarakat berubah malah ada yang terasa ‘terpenjara’ di kediaman sendiri.

“Keadaan ini boleh memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku jika tidak diurus dengan baik kerana setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi tekanan kepada setiap individu yang mengalami kebimbangan dan kemurungan.

“Ada juga individu yang mengalami serangan panik, seperti fizikal, sesak nafas, menggeletar, tekanan di dada, jantung berdebar-debar, menggeletar, berpeluh atau hampir pengsan,” katanya ketika bersiaran dalam Program Pengurusan Stres di Kala PKP secara dalam talian terbitan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar, kelmarin.

Tambah beliau, jika berasa diri sendiri mengalami kemurungan ataupun stres, cuba berjumpa dengan kaunselor untuk meluahkan ketidakselesaan itu dan carilah pendengar yang baik seperti rakan-rakan ataupun ahli keluarga untuk diluahkan.

Peserta taklimat Siti Hartini Ibrahim, berkata program sebegini amat bagus di mana dapat memberi kesedaran dan maklumat kepada masyarakat tentang isu kesihatan mental dalam berhadapan pandemik COVID-19.

“Akibat daripada stres dan kemurungan yang berlarutan akan menyebabkan pelajar menjadi tekanan luar biasa dan seterusnya mendorong pelajar mengambil tindakan di luar kawalan serta tanpa disedari lebih teruk lagi pelajar boleh mengambil tindakan luar kawal,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda