Skip to main content
Berita SelatanMelaka

JAPERUN Rembia Giat Promosi Pendaftaran Vaksin

By 6 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah) 

ALOR GAJAH, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Rembia menerusi inisiatif ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia yang juga EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis telah melancarkan program Jelajah Perangi COVID-19 bagi meningkatkan jumlah pendaftaran vaksin COVID-19 dalam DUN berkenaan.

Menurut Jailani, kawasan DUN Rembia merupakan kawasan DUN yang mempunyai jumlah penduduk yang agak tinggi disebabkan banyak pertambahan taman-taman perumahan disamping mempunyai kawasan industri yang terbesar dalam Daerah Alor Gajah.

“Kami juga mengedarkan kit perlindungan COVID-19 seperti pelitup muka dan pembasmi kuman serta risalah terbitan Jabatan Penerangan Malaysia mengenai cara pendaftaran vaksinasi COVID-19 kepada penduduk melalui lima buah kenderaan pacuan empat roda.

Sumbangan disampaikan kepada yang terkesan dalam Pendamik COVID-19.

Sumbangan disampaikan kepada yang terkesan dalam Pandemik COVID-19.

“Selain itu, mengambil maklum balas rakyat mengenai kesusahan yang dialami sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 yang dilaksanakan kerajaan dan turut memberi bantuan berupa kit makanan kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya ketika pelancaran program tersebut di JAPERUN Rembia, di sini semalam.

Menurut Jailani, program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada orang ramai mengenai pentingnya vaksin untuk memerangi pandemik COVID-19.

“Selain itu, program ini adalah untuk meningkatkan jumlah pendaftaran vaksinasi bagi penduduk dalam kawasan DUN ini,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda