Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Semarakkan Bulan Kemerdekaan

By 27 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Amirul Miza Mohd Tamizi (Jasin)

JASIN, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Jasin melancarkan Kempen Menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan menyerah Jalur Gemilang di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) daerah sini.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Jasin Azreen Ahmad, program ini dilaksanakan di seluruh Negeri Melaka dengan hasrat untuk menyemai rasa bangga terhadap negara sesuai dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’ dan sekali gus menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bangga menjadi rakyat Malaysia.

“Bulan Kebangsaan kian hampir, maka kami mengambil pendekatan menyeluruh kepada komuniti setempat dengan mengedarkan bendera kepada orang ramai, dan kawasan strategik bagi membangkitkan suasana, semangat Hari Kebangsaan,” ujarnya ketika ditemui di PPV Jasin, di sini semalam.

Barisan hadapan, Shafik Hamdan, 20, merupakan petugas di PPV Umbai berkata beliau gembira dengan usaha yang dijalankan oleh pihak Jabatan Penerangan.

Shafik Hamdan, salah seorang petugas di PPV di daerah Jasin.

Shafik Hamdan, salah seorang petugas di PPV di daerah Jasin.

“Program seperti ini adalah wajar diteruskan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam jiwa rakyat.

“Pada masa yang sama kempen ini dapat menyatupadukan rakyat Malaysia terutamanya dalam menghadapi waktu yang genting ini,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda