Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu COVID-19 Meningkat kepada 13,034 Kes

By 23 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di negara ini kembali meningkat kepada 13,034 kes semalam berbanding 11,985 kes yang dicatatkan kelmarin.

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatat kes harian paling tinggi iaitu 6,049 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan menerusi akaun Twitternya berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara setakat ini adalah 964,918 kes.

Kuala Lumpur pula merekodkan 1,611 kes; Johor (791); Negeri Sembilan (711); Kedah (701); Sarawak (644); Sabah (497) dan Terengganu sebanyak 391 kes.

Pulau Pinang merekodkan 371 kes; Melaka (353); Pahang (261); Kelantan (240); Perak (284); Putrajaya (100); Labuan (24); dan Perlis (enam).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda