Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Terus Meningkat kepada 9,353

By 11 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 11 Jul (Malaysiaaktif) – Kes harian baharu COVID-19 di negara ini terus meningkat semalam dengan 9,353 kes dilaporkan berbanding 9,180 kes kelmarin.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 827,191.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya berkata Selangor terus mencatat kes baharu paling tinggi dengan 4,277 kes diikuti Kuala Lumpur 1,398; Melaka (835); Negeri Sembilan (638) dan Johor (399).

Kedah pula mencatatkan 364 kes, Sarawak (352); Sabah (251); Pahang (247); Pulau Pinang (180); Perak (145); Kelantan (89); Labuan (85); Terengganu (50); Putrajaya (39) dan Perlis (empat).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda