Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Keselamatan, Ketenteraman Negara Terkawal

By 30 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: PDRM

PUTRAJAYA, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa situasi keselamatan dan ketenteraman awam negara berada pada tahap terkawal.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata orang ramai diminta tidak gusar kerana PDRM akan mempertingkat pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“Orang ramai juga dinasihat agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam menjalani kehidupan seharian sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda