Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

MOVAK Bantu Percepatkan Suntikan Vaksin

By 30 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Norman Buang (Muar) 

MUAR, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) dapat membantu memudahkan proses pemberian vaksin kepada masyarakat di Mukim Parit Jawa dalam meningkatkan lagi kadar vaksinasi COVID-19 di daerah ini.

Menurut seorang penerima vaksin, Norashikin Min, 42, program MOVAK yang dilaksanakan ini bukan sahaja memudahkan penerimaan vaksin di kalangan para penduduk tetapi juga dapat meningkatkan kadar peratusan vaksinasi COVID-19 di negeri ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan daerah khususnya Pejabat Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah Muar di atas inisiatif mengadakan program vaksinasi seumpama ini di Parit Jawa.

Program ini memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan suntikan vaksin - Norashikin Min

Program ini memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan suntikan vaksin – Norashikin Min

“Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada komuniti setempat untuk menerima vaksin malah ia dapat menyelesaikan masalah asas penduduk yang sukar keluar berikutan lokasi rumah mereka yang terletak jauh dari bandar,” katanya ketika ditemui pada Program MOVAK di Dewan SMK Raja Muda Mukim Parit Jawa, di sini hari ini.

Teo Bee Poh, 43, dari Parit Jawa berkata beliau sangat gembira kerana terpilih untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Sebagai pekerja kilang yang sentiasa terdedah dengan jangkitan wabak COVID-19 saya menganggap peluang ini sebagai satu nikmat yang harus disyukuri.

“Saya amat berterima kasih kepada Penghulu Parit Jawa Mohd Afezan Yahya yang membantu mendaftarkan saya sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera,” jelasnya.

-NI-

Tinggalkan komen anda