
Laporan/foto: Farah Diana Azman (Melaka)
DURIAN TUNGGAL, 12 Jul (Malaysiaaktif) – ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’ peribahasa yang menjadi pembakar semangat kepada seorang pengusaha tanaman pokok bidara yang menggunakan halaman rumahnya sebagai tapak bercucuk tanam sehingga mampu menjana pendapatan sampingan.
Menurut pengusaha tanaman Muhammad Zakri Chan Abdullah, dalam menghadapi suasana pandemik COVID-19 ramai yang tertekan kerana kehilang pekerjaan, gaji dipotong dan tidak dapat menjalankan perniagaan, namun harus terus berusaha dan tidak berserah kepada takdir semata-mata.
“Dengan bercucuk tanam di halaman rumah saya dapat menenangkan fikiran, mengeluarkan peluh dan menjana pendapatan keluarga, walaupun tidak mempunyai kawasan yang besar namun mampu menjana pendapatan lumayan.
“Dalam tempoh PKP 3.0 saya mengunakan plaform dalam talian untuk memasarkan pokok selain menggunakan perkhidmatan penghantar dan bas ekspres untuk menghantar pokok ke luar kawasan,” ujarnya ketika ditemui di kebun miliknya, di sini hari ini.
Tambah Zakri, cabaran dalam suasana sekarang amat mencabar memaksa masyarakat mengubah cara mencari rezeki.
“Sebagai contoh pengusaha pusat kecantikan kini beralih kerjaya menjadi pengusana nurseri pokok, pekerja kilang yang diberhentikan kini menjual baja, juruterbang sekarang berniaga makanan dan banyak lagi contoh.
“Kita diberikan kekuatan dan akal fikiran, ada masa tuhan turunkan masalah untuk kita berubah dan sesungguhnya dalam membuat sesuatu itu perlu ada kesabaran dalam jiwa,” ujarnya lagi.
-FF