Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 Terima Referendum Pegawai Perubatan Kontrak

By 26 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Luqman Hakim Salamuddin (Petaling)/Syarul Azis (Putrajaya)

SERDANG, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Pengurusan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0 menerima referendum khas pegawai perubatan kontrak hari ini.

Pengarah PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 Dr Shahabuddin Ibrahim, berkata referendum tersebut diserahkan semasa perjumpaan pihaknya sempena hartal kontrak pegawai-pegawai perubatan berstatus kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas di pusat kuarantin berkenaan.

“Perbincangan diadakan secara aman antara pegawai-pegawai perubatan kontrak bersama pihak pengurusan bagi mendengar isu-isu yang diketengahkan terutamanya berkenaan status jawatan kontrak ke jawatan tetap.

Sesi perbincangan bersama Pegawai Perubatan Kontrak di Bilik Mesyuarat PKRC Bersepadu MAEPS 2.0.

Sesi perbincangan bersama Pegawai Perubatan Kontrak di Bilik Mesyuarat PKRC Bersepadu MAEPS 2.0.

“Antara kerisauan mereka adalah tentang status mereka sebagai pegawai tetap dan implikasi terhadap pelbagai kemudahan yang tidak dapat mereka nikmati sebagaimana pegawai perubatan berstatus tetap.

“Pegawai-pegawai perubatan di sini sangat bertanggungjawab dengan mengadakan sesi perbincangan secara baik dan tidak terlibat dengan perarakan atau mogok,” katanya ketika ditemui di PKRC tersebut, di sini hari ini.

Dr Shahabuddin berkata, pihaknya akan menyerahkan referendum tersebut bersama minit perbincangan kepada pengurusan tertinggi untuk pertimbangan lanjut.

“Referendum dan minit perbincangan ini akan kita serahkan kepada pihak atasan untuk pertimbangan bagi tindakan selanjutnya.

“Alhamdulillah, sesi tadi berlangsung dengan aman dan tiada sebarang masalah yang berlaku,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda