
Laporan/foto: Afnan Hakimi (Marang)
MARANG, 29 Julai (Malaysiaaktif) – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Utama Majlis Daerah Marang yang sebelum ini menerima pelbagai sumbangan dari agensi luar bagi membantu petugas dan sukarelawan dalam menjalankan khidmat mereka.
Terbaharu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Terengganu telah menyumbang dua buah khemah untuk dimanfaatkan sebaiknya bagi keperluan PPV.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Low Wan Cheong kepada Pegawai Daerah Marang Lizan Che Mat.

Pegawai Kesihatan Daerah Marang membawa rombongan meninjau proses pemberian vaksin yang sedang berjalan.
Low Wan Cheong berkata sumbangan tersebut diharap mampu membantu para petugas dalam memastikan proses pemberian vaksinasi berjalan dengan lancar.
“Sumbangan khemah ini diusahakan bagi mempermudahkan masyarakat setempat untuk mendapatkan suntikan vaksin secara pandu lalu yang akan dilaksanakan selepas ini,” katanya ketika menyerahkan bantuan di PPV tersebut, di sini semalam.
Beliau turut memuji kemudahan PPV Dewan Utama Majlis Daerah Marang yang lebih selesa dan teratur, serta petugas dan sukarelawan yang banyak membantu para penerima vaksin.
“Kami berharap agar sumbangan ini menjadi satu tanda sokongan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan dalam meningkatkan lagi jumlah pemberian vaksin dalam kalangan masyarakat bagi mencapai imuniti berkelompok,” katanya.
-ii-