Skip to main content
Berita UtaraKedahMA

Program Suntikan Vaksin COVID-19 Secara Pandu Lalu Pertama di Padang Terap

By 1 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Anis Othman (Padang Terap)

KUALA NERANG, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 74 individu menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi sistem pandu lalu yang diadakan di Pejabat Daerah Padang Terap pada hari ini.

Semua individu yang dijadualkan untuk menerima vaksin pada hari ini telah melengkapkan segala dokumen yang berkaitan dan disaring terlebih dahulu sebelum mereka diminta hadir untuk menerima dos kedua mereka pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Mohd Hayati Othman, menyaksikan sendiri bagaimana program tersebutĀ diadakan di Padang Terap,Ā daerah pertama di Kedah yang memulakan langkah berani ini.

Penerima vaksin sedang diberi suntikan.

Penerima vaksin sedang diberi suntikan.

“Program iniĀ  juga dapat memberi peluang kepada penjawat awam di daerah Padang Terap untuk lebih memudahkan urusan mereka menerima vaksin yang terikat dengan jadual kerja yang ketat dan sibuk.

“Penerima yang telah menerima suntikan diarahkan untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang disediakan dan diberikan masa untuk berehat di dalam kenderaan selama 15 minit untuk pemantauan sebelum mereka dibenarkan pulang ke rumah,” ujarnya ketika hadir memantau proses tersebut.

Ruang parkir untuk berehat dan proses pemantauan selepas selesai suntikan.

Ruang parkir untuk berehat danĀ  pemantauan selepas selesai suntikan.

Menurut Mohd Hayati, perancangan program telah bermula sejak Mei lalu oleh Pejabat Daerah Padang Terap yang berkerjasama dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah, PDRM, Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Padang Terap dan Angkatan Pertahanan Awam Daerah Padang Terap sebelum perlaksanaannya berjaya dilakukan pada hari ni.

“Padang Terap merupakan daerah kedua tertinggi di Kedah yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 yang mana dos pertama adalah sebanyak 10,813 orang bersamaan dengan 14.49%, manakala dos kedua pula sebanyak 8,564 orang bersamaan dengan 12.42% daripada jumlah keseluruhan yang diperlukan iaitu sebanyak 72,700 orang,” katanya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda