Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Sumbangan Makanan Ceriakan Pelajar di Kampus

By 28 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 28 Jul (Malaysiaaktif)– Seramai 140 orang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bukit Besi yang tidak dapat pulang ke kampung halaman sejak sambutan Aidiladha baru-baru ini ceria apabila menerima sumbangan makanan dalam program Foodbank 2.0 anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Penyerahan sumbangan itu diserahkan oleh Pengurus YaPEIM Negeri Terengganu Kartina Ahmad kepada wakil UiTM Kampus Bukit Besi Muhammad Alif Mazuki.

Menurut Kartina Ahmad, bantuan yang disalurkan kali ini mengambil kira kekangan serta kesulitan yang dihadapi pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing kesan daripada pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Penyerahan sumbangan makanan itu diserahkan oleh Pengurus YaPEIM Negeri Terengganu, Kartina Ahmad kepada wakil UiTM Kampus Bukit Besi, Muhammad Alif Mazuki.

Penyerahan sumbangan makanan itu diserahkan oleh Pengurus YaPEIM Negeri Terengganu, Kartina Ahmad kepada wakil UiTM Kampus Bukit Besi, Muhammad Alif Mazuki.

“Bantuan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa memandangkan situasi sukar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang berada di kampus mungkin berterusan beberapa bulan lagi,” katanya ketika menyerahkan bantuan di kampus tersebut, di sini baru-baru ini.

Salah seorang pelajar bagi jurusan Kejuruteraan Mekanikal Muhammad Adam Mirza Mohd Afandi, 20, berkata beliau amat bersyukur atas keprihatinan pihak YaPIEM yang menyumbang barangan makanan kepada pelajar-pelajar di sini.

Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar sedang membuat persiapan bagi agihan sumbangan makanan secara berbungkus kepada pelajar UiTM Kampus Bukit Besi.

Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar sedang membuat persiapan bagi agihan sumbangan makanan secara berbungkus kepada pelajar UiTM Kampus Bukit Besi.

“Keputusan untuk tidak pulang ke kampung halaman pada masa sekarang merupakan keputusan yang tepat kerana memikirkan kesihatan dan keselamatan dirinya dan keluarga,” katanya.

Seorang lagi pelajar Ahmad Amirul Haziq Mohd Burham, 20, berkata sumbangan yang diberikan serba sedikit mengurangkan tekanan pelajar di sini.

“Alhamdulillah bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti dengan kerjasama pihak luar amat memuaskan.

Muhammad Adam Mirza Mohd Afandi (kiri) dan Ahmad Amirul Haziq Mohd Burham (kanan) gembira dengan sumbangan yang diterima.

Muhammad Adam Mirza Mohd Afandi (kiri) dan Ahmad Amirul Haziq Mohd Burham (kanan) gembira dengan sumbangan yang diterima.

“Saya tetap berfikiran positif untuk terus berada di sini lebih lama kerana khuatir jika pulang ke kampung akan membawa balik virus COVID-19 ke kampus,” ujarnya.

Selain pek makanan berbungkus, YaPEIM turut menyumbang bantuan makanan kering seperti roti, biskut dan juga air mineral untuk diagihkan kepada pelajar di sini.

-ii-

Tinggalkan komen anda