Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Sumber Pendapatan dalam Norma Baharu

By 15 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

SERKAM, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Hampir dua tahun rakyat Malaysia dihimpit suasana tidak menentu akibat pendamik COVID-19, kesan daripada itu, ekonomi rakyat terjejas teruk sehingga hilang punca pendapatan keluarga, waima apapun yang berlaku, kehidupan harus diteruskan bagi mencari sumber pendapatan yang halal dan tidak melanggari undang-undang negara.

Pekerja Kilang, Zainal Mohd Yusof, 46, berkata dalam keadaan sekarang kita perlu menyesuaikan diri dengan melakukan dua mahupun tiga pekerjaan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan keluarga.

“Kerja hakiki saya sebagai pekerja kilang namun diluar waktu bekerja saya menambah pendapatan dengan menjual pokok, tanah dan baja sebagai kerja sampingan.

Pelbagai jenis pokok yang menjadi sumber pendapatan kedua buat Zainal Mohd Yusof.

Pelbagai jenis pokok yang menjadi sumber pendapatan kedua buat Zainal Mohd Yusof.

“Hasil daripada pendapatan kedua, saya mampu membayar bil utiliti, insuran kereta, dan mampu menyimpannya untuk keperluan semasa kecemasan,” ujar Zainal yang ditemui ketika menjalankan perniagaan jualan pokok secara kecil-kecilan di rumahnya di Kampung Pulai, di sini baru-baru ini.

Bagi pengawal keselamatan, Qasiran Jailani, 29, sememangnya perlu mencari pendapatan kedua sebagai punca rezeki kerana jika berlaku sebarang kecemasan seperti diberhentikan kerja mahupun dipotong gaji akibat pendemik COVID-19 kita tidak panik dan mempunyai pendapatan lain untuk meneruskan kehidupan.

“Syukur saya mempunyai kemahiran mengait jala yang dipelajari daripada ayah dan dengan kemahiran itu dapat saya menghasilkan jala dan menjualnya untuk menambah pendapatan.

Qasiran sedang menyiapkan jala yang ditempah oleh pelanggan.

Qasiran sedang mengait jala yang ditempah oleh pelanggan.

“Selain itu, selepas waktu bekerja sebagai pengawal keselamatan, saya akan melakukan aktiviti menjala ikan, bukan sekadar hobi malah sebagai punca pendapatan kedua apabila ikan yang dijala akan dijual segar atau dibuat pekasam dan selebihnya akan dibuat lauk untuk keluarga,” ujar Qasiran.

-FF

Tinggalkan komen anda