Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

1,000 Jalur Gemilang Dipasang di Sekitar Cheras, Bandar Tun Razak

By 21 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syaiful Harif Adnan/Harman Mohammad Khalid (Bandar Tun Razak/Cheras)

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang akan dipasang di sekitar Cheras dan Bandar Tun Razak bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-64.

Program Pemasangan 1,000 Jalur Gemilang itu merupakan inisiatif yang dilakukan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) bersama Jabatan Penerangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

Presiden MCCC Tan Sri Musa Hassan, berkata ia merupakan salah satu daripada program yang dirangka dengan kerjasama beberapa agensi bagi menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan.

Musa Hassan (kiri) menyempurnakan Majlis Perasmian Program Pemasangan 1,000 Jalur Gemilang di Cheras, Kuala Lumpur.

Musa Hassan (kiri) menyempurnakan Majlis Perasmian Program Pemasangan 1,000 Jalur Gemilang di Cheras, Kuala Lumpur.

“Ini merupakan inisiatif untuk kita menyemarakkan semangat patriotik dan mengajak masyarakat berbilang bangsa dan agama mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pemasangan 1,000 Jalur Gemilang di sekitar Cheras, di sini hari ini.

Proses pemasangan Jalur Gemilang itu dilakukan di sekitar Taman Connought, Cheras dan di Alam Damai, Bandar Tun Razak.

Program Pemasangan 1,000 Jalur Gemilang turut mendapat kerjasama daripada beberapa agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Program Pemasangan 1,000 Jalur Gemilang turut mendapat kerjasama daripada beberapa agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), SW Corporation dan Alam Flora Sdn. Bhd.

Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri, Lim Ann Teck.

-ZS-

Tinggalkan komen anda