Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

1,200 Individu Terima Vaksin Dos Kedua

By 24 Ogos 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jennifer Stanis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 1,200 individu menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua menerusi Program Jangkauan Luar yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Daerah Kota Kinabalu di Dewan Kampung Kobuni, di sini.

Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu Hasmawati Karroda, berkata menerusi program tersebut, seramai 6,761 orang telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.

“Program ini merupakan salah satu usaha menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mencapai sasaran imuniti berkelompok khususnya di daerah ini.

Penerima vaksin diberikan taklimat dan penerangan daripada petugas KKM tentang perkara yang perlu dielakkan selepas menerima vaksin.

Penerima vaksin diberikan taklimat dan penerangan daripada petugas KKM tentang perkara yang perlu dielakkan selepas menerima vaksin.

“Kita telah melaksanakan lapan program seumpama ini untuk dos pertama dan kedua dengan melibatkan lebih daripada 40 buah kampung.

“Setakat ini, Daerah Kota Kinabalu mencatatkan jumlah keseluruhan 309,603 orang penerima vaksin dan kita berharap jumlah tersebut akan terus meningkat melalui program-program yang dilaksanakan melalui jalinan kerjasama dalam CITF,” katanya yang ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kampung tersebut, di sini semalam.

Ketua Kampung Kobuni, Aji Rumbuton.

Ketua Kampung Kobuni, Aji Rumbuton.

Sementara itu, Ketua Kampung Kobuni Aji Rumbuton, 62, menyambut baik usaha CITF Daerah Kota Kinabalu mengadakan program di kampung tersebut.

“Saya berterima kasih kepada CITF daerah Kota Kinabalu di atas pelaksanaan program ini yang turut melibatkan lebih 20 kampung berhampiran Kampung Kobuni.

“Program ini sangat membantu penduduk kampung kerana menjimatkan masa dan tenaga serta mengurangkan kesesakan kenderaan di pusat-pusat utama pemberian vaksin.

“Ianya juga dapat mempercepat pencapaian imuniti kelompok khususnya di negeri ini dan secara tidak langsung dapat melindungi bukan sahaja anggota keluarga tetapi orang-orang di sekeliling kita,” katanya.

Sabina Gadaul (kiri) menerima bahan penerbitan dan cenderahati dari Pegawai Pusat Maklumat Rakyat Kota Kinabalu, Norayah Ganipin.

Sabina Gadaul (kiri) menerima bahan penerbitan dan cenderahati dari Pegawai Pusat Maklumat Rakyat Kota Kinabalu, Norayah Ganipin.

Sementara itu, Sabina Gadaul, 63, bersyukur kerana program berkenaan dapat memudahkan anaknya untuk mendapatkan vaksin.

“Hari ini saya menemani anak, Jovina Julian, 40, yang mengalami penyakit Rheumatoid Arthritis menyebabkan beliau tidak dapat bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda sejak 14 tahun lalu.

“Saya bersyukur kerana program ini memudahkan anak saya mendapatkan vaksin tanpa perlu bersesak dengan orang ramai memandangkan kehadiran penerima vaksin adalah mengikut ketetapan masa dan kampung yang telah disenaraikan oleh pihak CITF.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak CITF kerana sebaik sahaja tiba pada pagi tadi, kami dilayan dengan baik, dibantu oleh petugas untuk memasuki dewan dan diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin,” kata Sabina.

-RI

Tinggalkan komen anda