Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

13 JPKK Taboh Naning Terima Sumbangan Jalur Gemilang

By 29 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hafizul Adzhari (Alor Gajah)

TABOH NANING, 29 Ogos (MalaysiaAktif) – Konvoi Merdeka@Komuniti yang dianjurkan Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah bersama dengan pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Taboh Naning telah menjelajah ke 13 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning bagi menyemarakkan semangat menyambut bulan kebangsaan 2021.

Datuk Latifah Omar melepaskan Konvoi Merdeka@Komuniti Daerah Alor Gajah.

Datuk Latifah Omar melepaskan Konvoi Merdeka@Komuniti Daerah Alor Gajah.

EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka Datuk Latifah Omar, berkata sempena Hari Kebangsaan ini beliau menyeru rakyat Negeri Melaka untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik cintakan negara bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal disambut 31 Ogos nanti.

“Sambutan Bulan Kebangsaan, Hari Malaysia 2021 dan Hari Kemerdekaan ke-64 pada tahun ini agak berbeza dengan tahun sebelum ini kerana masih lagi dalam proses Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1, namun sambutannya tetap dijalankan meskipun dalam keadaan yang sederhana.

“Saya menyarankan kepada semua rakyat tak kira di Taboh Naning, di Negeri Melaka dan di mana sahaja mereka berada, supaya mempunyai jiwa kebangsaan yang menyayangi negara ini dan sewajarnya memasang Jalur Gemilang sebagai tanda menghormati negara kita,” katanya yang ditemui sempena pelepasan konvoi tersebut di Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah, di sini baru-baru ini.

Sumbangan Jalur Gemilang di 13 JPKK di DUN Taboh Naning.

Sumbangan Jalur Gemilang di 13 JPKK di DUN Taboh Naning.

Latifah berharap sambutan kali ini benar-benar dapat mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini secara amnya dan di daerah ini secara khususnya.

“Kita juga menginginkan dunia luar memandang Malaysia sebagai sebuah negara majmuk negara yang berbilang kaum serta memastikan perpaduan dalam kalangan kita dapat dieratkan lagi bersempena dengan tema sambutan hari kebangsaan ini, yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ dan kita berharap agar Malaysia hari ini menjadi negara yang dicintai semua,” katanya.

Latipah turut memberikan hadiah dan cenderamata kepada mereka yang dilahirkan pada 31 Ogos.

-FF

Tinggalkan komen anda