Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

200 Warga PDRM Perak Meriahkan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Secara Maya

By 20 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel(Kuala Kangsar)/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

IPOH, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 200 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Perak memeriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak bersama-sama Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Perak yang dipancarkan secara langsung di facebook Penerangan Perak Page.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JaPen Perak kerana tidak melupakan para petugas barisan hadapan untuk bersama-sama dalam kempen ini yang mana julung kali diadakan secara dalam talian.

“Ini merupakan inisiatif yang dilakukan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda di negara kita dapat dibendung.

“Walaupun kita masih berada dalam tempoh yang agak mencabar ekoran wabak COVID-19 ini, semangat rakyat Malaysia bagi menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tetap utuh kerana semangat cintakan negara yang tinggi,” katanya yang ditemui sempena program tersebut di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, di sini hari ini.

Mior Farid menegaskan PDRM khasnya PDRM Perak akan terus berusaha untuk memastikan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat terus dilaksanakan selaras dengan visi PDRM iaitu bagi mengekalkan Malaysia selamat, aman dan sejahtera selaras dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Malaysia Prihatin.

“Semangat ‘Malaysia Prihatin’ ini perlu disemarakkan dalam segenap kehidupan masyarakat di Malaysia khususnya di negeri Perak dan disematkan dalam ingatan bagi mengukuhkan kembali asas perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan kita bersama,” katanya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda