Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

20,780 Kes Baharu Dicatat

By 12 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Kes baharu positif COVID-19 negara meningkat kepada 20,780 kes semalam berbanding 19,991 kes dilaporkan kelmarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran dalam laman Twitter memaklumkan, bilangan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,320,547.

Selangor kekal penyumbang kes tertinggi dengan 6,921 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,065), Johor (1,693), Kedah (1,534), Sabah (1,514) dan Pulau Pinang (1,385).

Kelantan pula merekodkan 1,284 kes, Negeri Sembilan (1,015), Perak (828), Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613), Pahang (585), Putrajaya (41), Perlis (29) dan Labuan (3).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda