Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

22,597 Kes Baharu COVID-19

By 29 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Malaysia semalam merekodkan sebanyak 22,597 kes baharu COVID-19, meningkat sedikit berbanding kelmarin iaitu 22,070 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Facebook rasminya berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,685,510.

Katanya Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 5,814 kes, diikuti Sabah (2,834), Sarawak (2,427), Kedah (2,162) dan Pulau Pinang (1,920).

“Sebanyak 1,896 kes direkodkan di Johor, Kelantan (1,289), Kuala Lumpur (1,111), Perak (1,061), Terengganu (739), Pahang (579), Negeri Sembilan (345), Melaka (269), Perlis (98), Putrajaya (48) dan Labuan (5), “ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda