
Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain/Muhammad Hafizul Adzhari (Alor Gajah)
ALOR GAJAH, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi mengelorakan Sambutan Bulan Kebangsaan 2021, Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah mengedarkan Jalur Gemilang menerusi pendekatan pandu lalu.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah Salina Hasan, mereka telah mengedarkan sebanyak 20 helai Jalur Gemilang kepada 23 agensi kerajaan persekutuan dan negeri dalam daerah ini walaupun negara masih berada dalam pandemik COVID-19.
“Sumbangan Jalur Gemilang untuk dikibarkan di setiap premis jabatan dan agensi kerajaan bagi menyemarakan lagi sambutan Bulan Kebangsaan 2021 dan penyerahan bendera tersebut menerusi pendekatan secara pandu lalu yang disempurnakan Pegawai Daerah Alor Gajah Saiful Hazwa Kipli, kepada wakil setiap agensi kerajaan daerah ini.
“Selain itu, pihak kami juga telah mengedarkan Jalur Gemilang melalui program Info on Wheels kepada orang ramai bagi menyemarakkan semangat menyambut bulan kebangsaan, pihak JaPen berharap agar orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing dan tidak hanya berharap pemberian percuma daripada agensi kerajaan,” katanya ketika ditemubual semasa program Merdeka@Komuniti bersama Jabatan dan agensi kerajaan di sekitar daerah sini, semalam.
Tambah Salina, semangat cintakan negara perlulah dizahirkan dengan menyambut bulan kebangsaan yang telah tiba dengan penuh semangat dan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan tanah air.
“Ribuan terima kasih kepada semua agensi yang turut serta bagi menjayakan program pada hari ini,” tambahnya.
-FF