Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

400 Pek Makanan Diagih kepada Petugas Hadapan Sempena Ambang Merdeka

By 30 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Arinnica Arif/Muhammad Isa Ariffin (Kluang)

SIMPANG RENGGAM, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 400 pek makanan telah diagihkan kepada para petugas barisan hadapan sektor keselamatan yang merupakan antara tulang belakang penting dalam membantu pihak kerajaan dan masyarakat dalam memerangi pandemik COVID-19.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Abd. Taib Abu Bakar, ‘Malaysia Prihatin’ yang merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah bertepatan dengan program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan bagi menghargai pengorbanan para petugas barisan hadapan.

“Program ini memberi impak yang baik kepada para petugas sektor keselamatan agar mereka kekal bersemangat dalam menjalankan tugas mengawal sempadan dan sekatan jalan raya (SJR),” katanya ketika ditemui pada program Merdeka@Komuniti Daerah Kluang di Plaza Tol Simpang Renggam, di sini hari ini.

Sesi edaran dan pemasangan Jalur Gemilang oleh ADUN Machap di Plaza Tol Simpang Renggam.

Sesi edaran dan pemasangan Jalur Gemilang oleh Abd. Taib di Plaza Tol Simpang Renggam.

Salah seorang petugas SJR Plaza Tol Simpang Renggam dari Angkatan Tentera Malaysia Sarjan Mohd Rejab Yahya, berkata beliau amat menghargai usaha dan inisiatif yang diambil oleh Jabatan Penerangan dalam menggelorakan bulan kebangsaan yang hanya berbaki beberapa jam sahaja lagi.

“Program seumpama ini bukan sahaja membantu menaikkan semangat kami untuk terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan tetapi juga secara tidak langsung menggelorakan lagi semangat patriotisme melalui alunan lagu-lagu patriotik yang dimainkan dari unit bergerak Jabatan Penerangan,” ujarnya.

Pada program tersebut, Abd. Taib turut menyerahkan 100 Jalur Gemilang serta bahan-bahan penerbitan kenegaraan kepada para pengguna yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Simpang Renggam dan Machap serta menyantuni para petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Kluang dan Angkatan Pertahanan Awam Kluang.

Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Kluang Mohd Sharir Mohd Sani dan wakil Ketua Polis Daerah Kluang ASP Mohd Adzhan Mat.

-NI-

Tinggalkan komen anda