Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bacaan Yasin, Doa Selamat Sambutan Hari Kebangsaan Warga JaPen Selangor

By 27 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Syafiq Saleh (Petaling)

KLANG, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Hampir 50 orang warga Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Selangor menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021, hari ini.

Pengarahnya Ali Suhaili, berkata majlis diadakan bagi memohon keberkatan Allah SWT sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

“Majlis ini adalah bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini menjadi sinar baharu buat kita dalam memerangi wabak COVID-19.

“Ia adalah salah satu ikhtiar kita mendoakan agar segala urusan warga kerja JaPen Selangor dipermudahkan oleh-Nya dalam melaksanakan tugasan mempromosi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya ketika ditemui di Pejabat Daerah / Tanah Klang, di sini hari ini.

Ali Suhaili bersiaran secara atas talian dari Pejabat Daerah Klang.

Ali Suhaili bersiaran secara atas talian dari Pejabat Daerah Klang.

 

Menurutnya, majlis seperti ini akan terus diadakan sebagai acara bulanan JaPen Selangor.

“Majlis berlangsung secara dalam talian bermula pukul 8.30 pagi merupakan anjuran Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JaPen Selangor,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda