Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

[KEMAS KINI] Hargai Perjuangan Pejuang Kemerdekaan dengan Kempen Kibar Jalur Gemilang

By 29 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syafiq Zaman (Tampin)

TAMPIN, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan Program Sepakat@Komuniti bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas telah memberikan suntikan yang besar kepada penduduk Tampin untuk mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan 2021.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sembilan Shahnon Mohamad, program ini akan terus dilaksanakan sepanjang Bulan Kebangsaan sehingga Sambutan Hari Malaysia pada 16 Septermber 2021 nanti.

“Pelaksanaan program ini menjurus bagi meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat DUN Gemas dengan salah satu cara mengibarkan Jalur Gemilang.

Nyanyian lagu kebangsaan bersama-sama para hadirin yang hadir.

Nyanyian lagu kebangsaan bersama-sama para hadirin yang hadir.

“Perlaksanaan program ini juga mengalakkan orang ramai untuk membeli Jalur Gemilang dengan tidak hanya mengharapkan daripada Jabatan Penerangan Malaysia sahaja,” ujarnya yang ditemui sempena program tersebut di salah sebuah kampung di dalam daerah sini, di sini baru-baru ini.

Tambah Shahnon, pengisian Program Sepakat@Komuniti ini juga telah memberi Bantuan Merdeka kepada mereka yang mengalami kehilangan punca pendapatan, bekas pesara tentera serta bekas pesara polis bagi mengurangkan beban yang mereka hadapi ketika negara sedang berdepan dengan wabak pandemik COVID-19.

“Setakat hari ini, JaPen Negeri Sembilan telah melaksanakan sebanyak 105 Program IOW Merdeka bagi dalam Daerah Negeri Sembilan serta Program Sepakat@Komuniti di seluruh daerah–daerah dalam negeri ini.

Sesi Penyerahan Bantuan Merdeka kepada penerima.

Sesi Penyerahan Bantuan Merdeka kepada penerima.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program seperti ini, serta kesudian para penduduk DUN Gemas untuk hadir serta mengharapkan semangat seperti ini dikekalkan sehingga Hari Malaysia 16 September nanti,” tambahnya.

Sementara itu, ahli DUN Gemas Datuk Abd Razak Ab Said, berkata program ini merupakan salah satu medium yang terbaik untuk menyatukan semua lapisan masyarakat bagi menyambut sambutan Bulan Kemerdekaan.

“Saya menzahirkan hasrat agar masyarakat bersama-sama mendoakan negara kita sentiasa kekal aman dan berasa bersyukur dengan kemerdekaan yang dikecapi sehingga hari ini serta diharapkan masyarakat sentiasa mempertahankan kedaulatan negara kerana itu merupakan tanggungjawab bersama,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda