Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Hari Kebangsaan Daerah LMS Disambut Secara Sederhana

By 31 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (LMS)

TAIPING, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan ke-64 tahun disambut secara sederhana bukan sahaja di daerah ini bahkan di seluruh negara berikutan peningkatan kes COVID-19.

Pegawai Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama (LMS) Mohamed Akmal Dahalan, berkata lokasi yang dipilih untuk sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah LMS pada tahun ini adalah di Lake Front dan ia amat bersesuaian mengikut kapasiti keluasan kawasan.

“Saya menzahirkan rasa syukur kerana negara telah menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64 tahun tatkala kita masih lagi berperang dengan situasi pandemik COVID-19.

“Ringkasan program adalah kita membuat edaran sebanyak 100 helai bendera kenderaan, 100 helai bendera tangan dan 50 keping pelekat kereta kepada pengunjung yang datang beriadah.

“Suasana kemerdekaan ini turut dirasai oleh masyarakat setempat yang datang berkunjung ke tempat awam yang mana edaran bendera telah diagihkan kepada mereka supaya nilai murni cinta akan negara dapat diterap dalam diri masing-masing,” katanya yang ditemui sempena program tersebut di Taman Tasik Taiping, di sini hari ini.

Antara kenderaan unik yang hadir ketika edaran bendera Jalur Gemilang sedang dijalankan.

Antara kenderaan unik yang hadir ketika edaran bendera Jalur Gemilang sedang dijalankan.

Beliau turut mengharapkan rakyat Malaysia terutama penduduk di daerah ini untuk terus menerapkan nilai patriotik dan berganding bahu mempertahankan negara daripada dijajah semula oleh negara lain.

“Saya juga berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi kerana sambutan Hari Malaysia juga bakal disambut di seluruh negara pada 16 September depan dan saya amat menghargai penglibatan semua warga yang terlibat bagi menjayakan program hari ini kerana sambutan daripada penduduk setempat amat menggalakkan,” ujarnya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda