Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

HCTM Bawa 3600 Dos Vaksin ke Jempol

By 11 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Muhammad Naim/ Siti Zuraida (Jempol)

JEMPOL, 11 Ogos 2021 (Malaysiaaktif) – Pejabat Kesihatan Daerah Jempol dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah mengambil inisiatif dengan menambah pusat pemberian vaksin bergerak di daerah ini yang memberi fokus kepada warga peneroka dan program pemberian vaksin tersebut berlangsung selama empat hari dibuka di Dewan Semai Bakti, Felda Raja Alias 2.

Menurut Pro-Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, Prof Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid program ini akan membantu lebih daripada 3000 orang untuk menerima vaksin.

“PPV bergerak yang diuruskan pihak kami memudahkan masyarakat setempat untuk ke pusat pemberian vaksin dan ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu Pejabat Kesihatan Daerah bagi melancarkan pemberian vaksin agar dapat mencapai imuniti klompok yang telah di sasarkan oleh pihak kerajaan.

“Setakat ini pihak kami telah terlibat dalam pemberian vaksin bergerak di Johor dan Seri Menanti dan Daerah Jempol merupakan lokasi ketiga yang dihadiri dengan membawa anggaran 3600 veil vaksin yang bakal memenuhi hampir 50% warga peneroka Gugusan Raja Alias.” ujarnya ketika ditemui di PPV Dewan Semai Bakti, di sini semalam.

Sementara itu, menurut penyelaras Pusat Pemberian vaksin daerah Jempol, Dr Ismul Adham Zaini, pemberian vaksin yang diselaraskan oleh pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz adalah merupakan yang tertinggi di daerah ini.

“Sebelum ini kita bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) yang dapat memberikan vaksin kepada 2000 penerima dan hari ini kita dapat lebih lagi daripada HCTM dan untuk itu kita yakin imuniti kelompok akan dapat dicapai menjelang Oktober ini”, ujar beliau.

Mengulas berkenaan berita yang tular sebelum ini mengenai pemberian vaksin astrazaneca secara “walk-in” di Dewan Majlis Perbandaran Jempol Bahau, Dr Ismul berkata, beliau menafikan sekerasnya pemberian vaksin secara walk-in dan itu adalah merupakan berita palsu kerana setakat ini bukan sahaja di daerah Jempol malah di Negeri Sembilan tiada pemberian vaksin secara walk-in dilaksanakan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Jempol, Dato’ Haji Mohd Salim Shariff dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serting, Dato’ Samshulkahar Md Deli hadir mengadakan lawatan bagi melihat proses perjalanan pemberian vaksin dilaksanakan oleh pihak HCTM.

Ahli parlimen beramah mesra dgn petugas HCTM.

Ahli parlimen beramah mesra dgn petugas HCTM.

-FF

Tinggalkan komen anda