Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Hiburan Sebagai Platform Perkukuh Patriotisme

By 25 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)

IPOH, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Bulan Kebangsaan bukan semata-mata dilakukan untuk menunjukkan kemeriahan sesebuah acara mahupun perarakan namun perlu dilihat dari sudut tersirat termasuk mempamerkan kekuatan pertahanan, ekonomi dan perpaduan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Pelakon dan penerbit terkenal Datuk Rosyam Nor, berkata kemeriahan yang dilihat ini menunjukkan kemodenan kita dalam mempamerkan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia.

“Keadaan inilah yang mencorak pemikiran dan minda rakyat untuk membuka mata dalam mendalami sejarah negara dan ia bukanlah suatu perarakan kosong,” katanya ketika diwawancara dalam program Bicara Merdeka: Influencer@Japen, malam tadi.

Tambah beliau, sejarah lalu berkemungkinan akan lenyap sekiranya tidak diambil berat kerana sejarah merupakan sesuatu yang perlu didokumentasikan.

Datuk Rosyam Nor menjadi tetamu jemputan Bicara Merdeka : Influencer@Japen Edisi Perak malam tadi.

Datuk Rosyam Nor menjadi tetamu jemputan Bicara Merdeka : Influencer@Japen Edisi Perak malam tadi.

“Saya sering menekankan bahawa pentingnya hiburan yang memberi didikan kepada rakyat seperti filem-filem berkisarkan sejarah selain didikan daripada peringkat sekolah dengan penyediaan bahan-bahan bacaan untuk menanamkan sifat ingin tahu dan membayangkan perjuangan mencapai kemerdekaan.

“Kerajaan khasnya harus menjadikan hiburan sebagai satu platform untuk mengenengahkan semangat patriotik melalui filem, drama mahupun lagu dalam membangkitkan jiwa rakyat Malaysia.

“Saya berharap agar kita semua terus mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara dan terus merdeka dari setiap sudut agar tidak dihina suatu masa nanti,” ulasnya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda