Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jalinan Kasih Pengakap Istimewa

By 27 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff/Hanif Samad (Tampin)

TAMPIN, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Persatuan Pengakap Tampin menyantuni empat ahli pengakap istimewa daripada kumpulan 34 Pengakap Tampin.

Menurut Pesuruhjaya Pengakap Tampin Asrol Effendi Mad Nor, Kumpulan Pengakap 34 Tampin ini merupakan satu-satunya kumpulan PDK Pengakap yang berdaftar di Malaysia.

“Pengakap Tampin telah menyampaikan kotak sumbangan berupa barangan makanan asas kepada penerima bagi meringankan beban keluarga mereka sepanjang pandemik dan Pejabat Penerangan Tampin dijemput untuk menyemarakkan semangat patriotik di kalangan ahli,” ujarnya sempena Program Jalinan Kasih di sekitar daerah sini, semalam.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Tampin Noraini Mohd Nasir, Pejabat Penerangan Tampin akan sentiasa menyokong tindakan baik Pengakap Tampin dan juga Kelab Belia di daerah ini untuk terus menyampaikan maklumat kerajaan di samping menerapkan semangat patriotik kepada orang ramai.

“Kami juga mengedarkan Jalur Gemilang dan beberapa risalah berkaitan kemerdekaan bagi menyemarakkan semangat patriotik di kalangan kanak-kanak istimewa ini,” katanya.

Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada Kelab Belia lain seperti Belia 4B Tampin dan Mayc Tampin dan akan diteruskan lagi kelak.

-FF

Tinggalkan komen anda