
Laporan/foto: Khairunnisa Abd Rahman/Farah Diana Azman (Melaka Tengah)
BUKIT KATIL, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bukit Katil dan Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka (JPTHM) menganjurkan program derma darah dengan penglibatan semua balai bomba di sekitar Melaka yang berlangsung selama dua hari.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam JPTHM Muhammad Suhayri Sazali, program ini merupakan rutin tahunan di mana JBPM sememangnya kerap membantu JPTHM mendapatkan bekalan darah.
“Bomba Melaka kerap bantu kami mendapatkan bekalan darah untuk keperluan hospital, menderma darah satu sedekah dan setiap titisan darah yang diderma, dapat menyelamatkan nyawa seseorang dan buat masa ini bekalan darah masih mencukupi namun kami tetap bergerak untuk menambah kutipan darah.

Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam JPTHM, Muhammad Suhayri Sazali dan Farah Diana Azman bersama wakil dari McDonald’s sebagai penaja jamuan makan kepada penderma darah.
“JPTHM juga akan menganjurkan Program Derma Darah Merdeka pada Hari Merdeka di pasar raya terpilih di kawasan ini,” ujar Suhayri ketika ditemui di Dewan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, di sini kelmarin.
Pegawai Bomba, Muhammad Firdaus Afiq, 25, turut menyeru orang ramai agar beranikan diri menderma darah, jangan takut derma darah.
“Derma darah ni tak sakit pun dan bagus untuk cuci darah kita, jika tak mampu derma duit, kita dermalah darah lebih-lebih lagi sempena sambutan merdeka bulan dapat membantu mereka yang memerlukan,” kata Firdaus.
-FF