Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kaunter Pandu Lalu Bergerak JPJ Melaka Dilancar

By 25 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka)/Facebook JPJ Melaka 

MELAKA, 25 OGOS (MalaysiaAktif) – Kaunter pandu lalu bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka yang dilancarkan semalam bakal memberi manfaat kepada pelanggan bagi meyelesaikan urusan berkaitan.

Pengarah JPJ Negeri Muhammad Firdaus Shariff, berkata tawaran 70 peratus pengurangan bayaran saman telah diumumkan sempena menyambut Bulan Kebangsaan sebagai salah satu alternatif agar menggalakkan orang ramai untuk menyelesaikan saman tertunggak.

“Antara urus niaga yang dijalankan adalah seperti cetakan lesen kenderaan motor (LKM)  dan lesen memandu yang diperbaharui secara dalam talian dan bayaran saman terkini sahaja.

Kaunter pandu lalu mobile JPJ Melaka dilancarkan.

Kaunter pandu lalu bergerak JPJ Melaka dilancarkan.

“JPJ Melaka turut mengambil peluang ini mengadakan advokasi bersama-sama pelanggan yang hadir bagi menjelaskan saman serta memberi nasihat dan bertukar pandangan dengan orang ramai berhubung keselamatan jalan raya,” katanya ketika pelancaran program tersebut di perkarangan Bahagian Kejuruteraan Automatif JPJ Melaka, di sini kelmarin.

Manakala bagi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan tersebut, Hakimi Saifudin, 31, berkata kewujudan kaunter pandu lalu seperti ini dapat menjimatkan masa serta mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, memandangkan rakyat masih berada dalam keadaan yang memerlukan untuk menjaga SOP.

“Saya berharap masyarakat mengambil peluang ini bagi urusan berkaitan JPJ dan menyelesaikan perkara yang tertunggak sejak PKP 3.0,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda