Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Diadakan Secara Hibrid

By 24 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan / Sh. Nurrul (Kuantan) 

KUANTAN, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 Peringkat Negeri diadakan secara hibrid di perkarangan Majlis Bandaraya Kuantan, semalam.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, setiap kali memasuki bulan Ogos, ia tentu mengingatkan kita kepada tarikh keramat 31 Ogos yang mana pada tarikh tersebut negara kita sudah bebas merdeka.

“Namun, kemerdekaan yang kita perolehi ini tidak datang dengan mudah, sejarahnya amat panjang, perjuangannya juga berabad lama.

“Pada tahun ini sambutannya agak berbeza yang mana kita perlu akur dengan amalan norma baharu kehidupan, tetapi matlamat untuk menyemarakkan lagi bulan kebangsaan tetap sampai kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 Peringkat Negeri di perkarangan Majlis Bandaraya Kuantan, di sini, semalam.

Beliau menyeru masyarakat untuk menghargai semangat perjuangan pemimpin terdahulu dalam mencapai kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan premis masing-masing.

Majlis ini turut disiarkan secara langsung di laman Facebook Kerajaan Negeri Pahang, Pahang Media dan Jabatan Penerangan Negeri.

Pada program tersebut turut diadakan gimik penyerahan Jalur Gemilang dan flag off kenderaan-kenderaan jabatan, agensi dan NGO yang terlibat.

Turut hadir Exco Sains, Teknologi, Inovasi Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang Datuk Fakhruddin Mohd Ariff, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Ketua Polis Negeri Pahang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, Pegawai Daerah Kuantan dan Pengarah Penerangan Negeri Pahang.

-AH-

Tinggalkan komen anda