Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Kerajaan Komited Pastikan Projek Pembangunan Sekolah Daif Siap

By 15 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Daniel Jong/Aziq Asyraf Bolhie (Sarawak)

KAPIT, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam menyiapkan projek pembangunan semula sekolah daif di negeri ini bagi memberi keselesaan dan suasana yang kondusif kepada pelajar di kawasan luar bandar seperti kemudahan yang diterima oleh pelajar di kawasan bandar.

Setiausaha Persekutuan (SUP) Sarawak Datuk Amir Omar, berharap semua agensi kerajaan khususnya di daerah ini dapat memberikan komitmen sepenuhnya agar semua perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Amir Omar (kiri) meninjau tapak projek pembinaan semula SK Kampong Baru bersama wakil kontraktor Erakristal Castwell (kanan) dan JKR Daerah Kapit (tengah).

Amir Omar (kiri) meninjau tapak projek pembinaan semula SK Kampong Baru bersama wakil kontraktor Erakristal Castwell (kanan) dan JKR Daerah Kapit (tengah).

“Mengikut jadual, projek pembinaan semula SK Kampong Baru ini dijangka akan siap sepenuhnya pada November tahun hadapan,” katanya yang ditemui setelah melakukan lawatan kerjanya di Sekolah Kebangsaan Kampong Baru, di sini kelmarin.

Lawatan kerja Amir ke daerah ini merupakan yang pertama kalinya setelah dilantik sebagai SUP baharu bagi menggantikan Datuk Mohammad Shahabuddin Omar yang bersara wajib pada 3 April lalu.

Amir memulakan lawatan dengan kunjungan hormat ke Pejabat Residen Bahagian Kapit sebelum dibawa melawat ke bangunan Perkeso, Hospital daerah Kapit, Wisma Persekutuan Kapit dan Perumahan Kakitangan Kesihatan di Jalan Selirik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda