Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Cecah 21,000

By 13 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Malaysia semalam merekodkan 21,668 kes baharu COVID-19 iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Dr Noor Hisham berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,342,215.

Beliau berkata Selangor terus menjadi negeri yang memiliki kes tertinggi iaitu 6,278 diikuti Kuala Lumpur (2,436), Kedah (2,143), Sabah (2,052) dan Johor (1,706).

Katanya sebanyak 1,229 kes direkodkan di Pulau Pinang, Sarawak (1,216), Kelantan (972), Perak (930), Negeri Sembilan (899), Pahang (629), Terengganu (594), Melaka (494), Putrajaya (56), Perlis (23) dan Labuan (11).

Malaysia merekodkan sebanyak 20,780 kes baharu wabak itu pada Rabu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda