Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu bawah 20,000

By 31 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di Malaysia semalam turun kepada 19,268 kes selepas enam hari berturut-turut melebihi 20,000 kes.

Malaysia sebelum ini merekodkan kes harian melebihi 20,000 kes dari 24 Ogos hingga 29 Ogos dengan kes harian tertinggi sebanyak 24,599 kes pada 26 Ogos.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di akaun Twitter beliau berkata jumlah yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini mencecah 1.72 juta.

“Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 3,567 kes diikuti Sabah (2,310), Johor (2,265), Kedah (2,084) dan Sarawak (2,028),” katanya.

Beliau berkata sebanyak tiga negeri mencatatkan kes melebihi 1,000 iaitu Pulau Pinang (1,780), Kelantan (1,308) dan Perak (1,144) manakala negeri yang merekodkan tiga angka ialah Pahang (788), Kuala Lumpur (672), Terengganu (544), Melaka (395) dan Negeri Sembilan (269).

Perlis pula merekodkan 71 kes, Putrajaya (41) dan Labuan (2).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda