Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Menurun, 17,236 Kes

By 10 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Kes baharu positif COVID-19 semalam sekali lagi mencatatkan penurunan kepada 17,236 kes berbanding 18,688 pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,279,776.

Selangor kekal penyumbang tertinggi dengan 5,740 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur 1,567 kes, Kedah (1,328), Johor (1,232), Sabah (1,247) dan Negeri Sembilan (1,215).

Perak pula merekodkan 935 kes, Kelantan (914), Pulau Pinang (908), Pahang (604), Sarawak (589), Terengganu (501), Melaka (360), Putrajaya (66), Perlis (22) dan Labuan (lapan)

Kelmarin, jumlah kes baharu harian merekodkan penurunan namun kes kematian akibat COVID-19 mencatatkan angka tertinggi sejak pandemik itu melanda negara tahun lepas dengan 360 kematian.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda