Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Kolej Latihan Telekom Taiping Kini Dijadikan PPV

By 17 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)

TAIPING, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Kolej Latihan Telekom Taiping kini mula beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula semalam dengan sasaran sebanyak 1,800 dos suntikan harian akan dicapai.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama Mohd Akmal Kamaruddin, sebagai permulaan sebanyak 500 dos suntikan vaksin ingin dicapai di PPV ini dan ia dijangka akan meningkat berdasarkan bekalan vaksin negeri.

“Sehingga 13 Ogos, seramai 982,784 (52.76 %) penduduk Negeri Perak berusia 18 tahun ke atas menerima suntikan pertama manakala 630,240 (33.84 %) telah mendapatkan suntikan dos kedua.

Sukarelawan MyVac sedia membantu penerima vaksin di PPV Kolej Latihan Telekom.

Sukarelawan MyVac sedia membantu penerima vaksin di PPV Kolej Latihan Telekom.

“Pembukaan PPV yang baharu ini diharap dapat mempercepat proses vaksinasi penduduk Perak khususnya di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) sekaligus sokongan agensi korporat dalam usaha kerajaan mencapai imuniti kelompok,” katanya ketika ditemui di PPV tersebut, di sini semalam.

Fasiliti yang disediakan dibiayai penuh oleh syarikat Telekom Malaysia (TM) manakala perbelajaan keperluan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dibiayai oleh kerajaan negeri.

Mohd Akmal turut menzahirkan rasa berpuas hati terhadap pengurusan dan susun atur yang dilaksanakan TM dengan kerjasama Pejabat Daerah LMS, Pejabat Kesihatan LMS dan Sukarelawan MyVac.

“Semoga proses vaksinasi berjalan lancar dan lebih ramai penduduk di daerah ini akan diberikan suntikan vaksin terutama warga usia emas,” tambahnya.

Anggota APM sentiasa bersedia membantu warga emas yang hadir ke PPV tersebut.

Anggota APM  membantu warga emas yang hadir ke PPV untuk mendapatkan suntikan vaksin.

~RJ~

Tinggalkan komen anda