Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Kuiz Kemerdekaan Uji Pengetahuan Rakyat Tentang Sejarah Perak

By 22 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel (Kuala Kangsar)/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

IPOH, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Pertandingan Kuiz Kahoot Kemerdekaan menguji tahap pengetahuan rakyat Perak terhadap sejarah dan pengetahuan am negeri ini.

Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) Jabatan Penerangan Perak Hasan Ashaari Abu Bakar, berkata pertandingan yang dianjurkan buat kali pertama secara dalam talian ini menampilkan soalan berbentuk pengetahuan am, sejarah negeri Perak dan sejarah kesultanan negeri.

“Soalan-soalan ini digubal setiap sesi menggunakan bahan rujukan sejarah Perak, sejarah kesultanan negeri dan pengetahuan am kemerdekaan negara.

“Matlamat pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman rakyat tentang sejarah negara khususnya negeri Perak kepada peserta-peserta terlibat,” katanya ketika ditemui semasa Pertandingan Akhir Kahoot Kemerdekaan yang dijalankan secara maya anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) dan dipancarkan secara langsung di facebook Penerangan Perak Page.

Johan pertandingan, Chong Chee Koon, 37, berkata pertandingan ini wajar dilaksanakan memandangkan sejarah berkaitan Malaysia dan Perak khasnya sering dilupakan ekoran ditelan zaman dan juga relevan jika dianjurkan sebagai aktiviti tahunan.

‘’Menyentuh mengenai persiapan, bahan bacaan seperti buku teks sejarah, laman sesawang Pejabat Sultan Negeri Perak dan bahan bacaan lain sering dibaca untuk menambah lagi ilmu pengetahuan.

“Saya menjadikan bekas guru Sejarah saya yang dikenali sebagai Cikgu Harun sebagai inspirasi kerana amat tertarik dengan cara beliau mengajar,” kata guru yang sedang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Teluk Intan ini.

Johan pertandingan, Chong Chee Koon.

Johan pertandingan, Chong Chee Koon.

Seramai lebih 300 peserta menyertai pertandingan ini melibatkan empat pusingan dan 10 wakil setiap pusingan dipilih untuk ke peringkat akhir yang diadakan pagi tadi.

Johan pertandingan membawa pulang wang tunai bernilai RM1000, sijil dan plak manakala Naib Johan membawa pulang wang tunai bernilai RM750, sijil dan plak serta tempat ketiga memenangi wang tunai berjumlah RM500, sijil dan plak.

~RJ~

Tinggalkan komen anda