Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Majlis Daerah Besut Agih 2000 Jalur Gemilang

By 30 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Taufiq Firdaus Md.Nor/Muhammad Hafiz Haziah (Besut)

BESUT, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – 2000 helai Jalur Gemilang telah diagihkan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Besut Mohd Rashdan Muda secara pandu lalu bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dalam kalangan penduduk tempatan.

Rashdan berkata, semangat patriotisme harus diterapkan dan diteruskan meskipun masih dalam situasi pandemik COVID-19.

“Program seumpama ini dapat menerapkan semangat cintakan negara selain merapatkan hubungan silaturahim di antara agensi kerajaan persekutuan dan negeri dengan rakyat,” katanya yang ditemui sempena program tersebut di Pejabat Majlis Daerah Besut, di sini hari ini.

Yang Di Pertua Majlis Daerah Besut, Mohd Rashdan Muda sedang melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan pengguna jalan raya.

Rashdan melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan pengguna jalan raya.

Menurut Pegawai Daerah Besut, Ahmad Farhan Abd. Wahab, tema “Malaysia Prihatin” tahun ini bertepatan dengan aspirasi kerajaan kerana keprihatinan kerajaan dalam mendahulukan kebajikan rakyat memerangi pandemik COVID-19.

“Marilah kita menyemarakkan semangat ‘Malaysia Prihatin’ dalam usaha melandaikan COVID-19 dan seterusnya memulihkan semula ekonomi dalam usaha membawa kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Besut Wan Arif Fadhila Wan Yusof, berkata program ini dapat memeriahkan sambutan kemerdekaan negara sekaligus meningkatkan semangat patriotik dan rasa cinta pada tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum walaupun diadakan secara sederhana.

Dari kanan Pegawai Penerangan Daerah Besut, Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Pegawai Daerah Besut, YDP Majlis Daerah Besut.

Dari kanan Pegawai Penerangan Daerah Besut, Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Pegawai Daerah Besut, YDP Majlis Daerah Besut.

“Kelebihan program yang diadakan secara pandu lalu adalah dapat mengurangkan aktiviti perkumpulan beramai-ramai di samping kita menerapkan kasih sayang terhadap lambang negara, Jalur Gemilang,” katanya.

Tinggalkan komen anda